close
[ Updated threads · New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » Test section » Test forum » 马来文作文的isi-isi
马来文作文的isi-isi
ystyleDate: Sunday, 2009-11-08, 11:25 AM | Message # 1
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
ISU PEMBALAKAN
Kesan Pembalakan
-Kebaikan

memberikan pendapatan kepada penduduk dan negara
menyediakan peluang pekerjaan
membantu memperkembang industri berasaskan kayu-kayan

-Keburukan

musnahnya hutan yang merupakan khazanah yang amat bernilai
pupusnya spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemukan
musnahnya habitan hidupan liar
hakisan tanah yang teruk dan struktur tanah terganggu lalu menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat, dsb.
perubahan arah angin dan cuaca berlaku-bekalan oksigen berkurang
kawasan tadahan negara terjejas
kesuburan tanah semakin kurang

Usaha-usaha Mengekalkan Kawasan Hutan

pengeluaran balak dikurangkan dengan menghadkan kawasan pembalakan
kawalan di kawasan hutan diperketat; dijalankan oleh Jabatan Hutan
penanaman semula hutan atau penghutanan semula dijalankan
penebangan pohon yang matang saja dibenarkan
kesedaran tentang pentingnya hutan ditingkatkan melalui pelbagai kempen di pelbagai peringkat
penyelidikan terhadap penanaman dan pengurusan hutan ditingkatkan; dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
hukuman yang berat terhadap mereka yang menjalankan pembalakan haram

Isu Pembalakan Haram
Cara dijalankan:

secara sulit, yakni jauh di dalam hutan / kawasan pedalaman
di kawasan hutan yang berdekatan dengan kawasan yang dibenarkan untuk pembalakan
di kawasan hutan simpan yang berdekatan dengan kawasan yang hendak dibangunkan
secara penipuan dan penyelewangan dengan melibatkan orang-orang yang berpangkat dan berpengaruh

Kesan:

merugikan negara dari segi pendapatan cukai
membahayakan keselamatan awan jika terdapat berdekatan dengan kawasan kediaman-ancaman tanah runtuh
menyebabkan banjir kilat-kerugian harta benda dan nyawa
mengurangkan keluasan kawasan hutan secara drastik
menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan hujan

 
ystyleDate: Sunday, 2009-11-08, 11:25 AM | Message # 2
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
TEMPAT REKREASI
Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi

sebagai tempat untuk beristirahat / menenangkan fikiran- lari dari kesibukan, khususnya di kota
sebagai tempat beriadah / bersenam- ke arah masyarakat yang cergas dan sihat
sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga serta untuk memupuk kasih sayang ke arah keluarga bahagia
untuk menghijaukan / mengindahkan kawasan sekitar- menimbulkan suasana nyaman

Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi

amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini, sama ada di kawasan-kawasan perumahan, pekan, bandar, dan kota
mendapat perhatian pemaju-pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan tempatan lalu menyediakan taman rekreasi
mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat- dipenuhi oleh mereka yang bersenam atau yang bersiar dengan teman serta anggota keluarga

Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi
(a) Kemudahan yang Disediakan

alat-alat permainan untuk kanak-kanak
alat-alat untuk senaman ringan
tempat duduk, tandas awam, dan lorong pejalan kaki
bakul sampah, lampu, dna pondok telefon
gerai makanan dan minuman

(b) Keadaan Kemudahan di Taman Rekreasi

masih tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu
ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor semula jadi dan perlu diganti
ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak
ada yang tidak diberi penyelenggaraan yang sepatutnya oleh pihak yang berkenaan

 
ystyleDate: Sunday, 2009-11-08, 11:25 AM | Message # 3
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
Kempen
Tujuan Diadakan Kempen

untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kepada rakyat- contohnya : "Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia"
untuk mempengaruhi rakyat supaya meyokong usaha kerajaan- contohnya kempen semasa pilihan raya
untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat- contohnya: kempen berkongsi kereta untuk mengurangan kesesakan lalu lintas di ibu kota
untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha murni kerajaan- contohnya: kempen anti dadah
untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selesa seperti kempen menderma darah

Sambutan Masyarakat terhadap Kempen

Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia
buktinya- buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar- harganya meningkat
air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga
Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa dijadikan tanaman komersial
ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar raya yang utama juga

Keberkesanan Kempen

ada kempen uang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang mendapat sambutan daripada masyarakat
Contoh kempen yang berjaya :
"Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia"- contohnya penjualan kereta nasional Proton Saga kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun
"Kempen Jantung Hatiku"- sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan daripada orang perseorangan badan korporat, dan sebagainya banyak sekali- sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan
Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan:

kempen menggunakan bahasa baku- tidak banyak pihak termasuk RadioTelevisyen Malaysia yang melaksanakan kempen ini
kempen keselamatan jalan raya- banyak kemalangan yang berlaku sebagai akibat kecuaian pemandu; pengguna van masih melanggar peraturan menggunakan van, pengguna kenderaan masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya
kempen berkongsi kereta- masih banyak pemandu lebih menggunakan keretanya sendiri- kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan

 
ystyleDate: Sunday, 2009-11-08, 11:26 AM | Message # 4
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
INDUSTRI PELANCONGAN
Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan

mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Malaysia, misalnya tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah, pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya.
memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara.
memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi , perhubungan, pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan dan sebagainya.
meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun, menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong.
menawarkan pakeh pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancong luar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita.

Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara
-Kesan Positif

dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita
dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk tempatan- mengurangkan pengangguran
dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil kraftangan, seramik, dan sebagainya.
dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat
dapat menyemaikan perasaan akan negara dalam kalangan rakyat
dapapt memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong dari negara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia serta meningkatkan imej negara di mata dunia

-Kesan Negatif

mencemarkan kebudayaan masyarakat tempatan- pelancong menyebarkan budaya kuning yang mudah mempengaruhi golongan remaja
penduduk tempatan mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang
-contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahal kerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yang lebih mahal
menular penyakit AIDS- penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun 1990
beban perbelanjaan kerajaan meningkat- berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihan dan menampung kos hidup penagih dan pesakit
membazirkan wang- untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuan promosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya
masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta dan berhibur- dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia

Perkembangan Industri Pelancongan

kemudahan infrastruktur ditambah- misalna lapangan terbang dan kedai bebas cukai- tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan
kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong
-contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempat perkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagai tempat yang ebrsejarah kepada pelancong

 
ystyleDate: Sunday, 2009-11-08, 11:26 AM | Message # 5
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
SUKAN
Perkembangan Sukan di Malaysia

perkembangan sukan pada umumnya dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri
banyak kelab sukan yang ditubuhkan untuk memajukan sukan-sukan tertentu
banyak syarikat yang berlumba-lumba menjadi penaja sukan
biasiswa sukan dan skim perangsang diberikan kepada ahli sukan untuk meningkatkan pencapaian dalam sukan
banyak institusi sukan yang dibina- jurulatih asing diambil
beberapa kejohanan diadakan setiap tahun, seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia
peningkatan taraf semi-prc - bola sepak

Faedah-faedah Bersukan

membina kesihatan tubuh dan mental
menawarkan satu peluang niaga, iaitu pengeluaran alat-alat sukan
peluang pekerjaan dapat diwujudkan / mengurangkan masalah pengangguran
mengeratkan hubungan dengan negara lain
mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan
mengeratkan silaturahim dan persaudaraan

Usaha-usaha Meningkatkan Mutu Sukan Negara

program latihan sukan yang lebih teratur -misalnya projek BAM untuk badminton, projek bola sepak MILO, projek sekolah menengah
menggunakan khidmat jurulatih antarabangsa -misalnya untuk badminton, olahraga, bola sepak dan sebagainya
menganjurkan dan menjadi tuan rumah bagi pelbagai temasnya atau acara sukan -misalnya Bola Sepak Piala Merdeka, Badminton Terbuka, Sukan Komanwel 1988, dan lain-lain
menyediakan subsidi dan sumbangan untuk kemajuan kelab-kelab sukan
memajukan sukan di sekolah-sekolah
menyediakan skim insentif kepada mereka yang berjaya di peringkat antarabangsa

 
ystyleDate: Sunday, 2009-11-08, 11:26 AM | Message # 6
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
PENCEMARAN ALAM
Punca-punca Pencemaran Alam

keiatan perusahaan atau perkilangan
asap-asap kilang meyebabkan pencemaran udara dan sisa-sisa
pembuangan toksid menyebabkan pencemaran air
kegiatan pembanguanan dan penerokaan hutan
mengganggu sistem ekologi bumi
mengakibatkan hakisan tanah
menyebabkan bumi tiada kawasan tuduhan hujan; menyebabkan banjir
kegiatan pengangkutan
asap-asap kenderaan yang mengeluarkan karbon monoksida (gas beracun)
tumpahan minyak daripada kapal tangki di laut
kegiatan perladangan dan di rumah
pembuangan sampah yang tidak bersistem dan penggunaan racun serangga yang berleluasa menyebabkan udara tercemar

Usaha-usaha Mengatasi Pencemaran Alam

meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat pada semua peringkat
mengadakan undang-undang yang lebih ketan dan mengenakan hukuman yang berat kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar
membina kilang jauh dari kawasan kediaman
memelihara hutan dengan menghadkan kegiatan pembalakan dan penerokaan
usaha secara besar-besaran untuk mengawal pembangunan dan pembalakan perlu dilakukan secara berterusan untuk menggantikan hutan yang musnah

Kesan daripada Pencemaran Alam

apabila udara, air, dan darat tercemar, kehidupan kita tidak akan selesa; kesihatan kita terganggu
lapisan ozon akan menipis dan mengancam kesihatan
menyebabkan penyakit kulit, kanser, hilang daya pendengaran, dan sebagainya
bencana alam seperti banjir, tanah runtuh akan berlaku, dan mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda
hutan sebagai kawasan tadahan hujan akan musnah dan terdedah kepada hakisan
hidupan liar terancam dan akhirnya pupus
air tidak selamat digunakan- bumi tidak selamat didiami

 
ystyleDate: Sunday, 2009-11-08, 11:26 AM | Message # 7
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
ISU PENGANGGURAN
Punca-punca Berlakunya Pengangguran

penghijrahan belia dari desa ke bandar menyebabkan pengangguran berlaku terutamanya di bandar-bandar
kelulusan akademik yang rendah
penggunaan jentera moden hasil kemajuan sains dan teknologi seperti komputer
penggunaan tanah yang tidak ekonomi terutamanya di desa
belia tidak mempunyai kemahiran teknik dan vokasional
sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan belia

Usaha-usaha Mengatasi Pengangguran

menggalakkan belia bekerja sendiri seperti bertani, berniaga dan beternak
memperkenalkan mata oelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar
menggalakkan pelajar ke sekolah-sekolah vokasional dan teknik
menyemaikan sikap berdikari dalam kalangan pelajar dari peringkat rendah lagi
meyedarkan para belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan
melengkapkan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi yang canggih
memberikan bantuan seperti pinjaman kewangan, kemahiran dan teknologi kepada belia yang ingin berusaha sendiri

Kesan daripada Pengangguran

belia mudah terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif yang meruntuhkan moral
jenayah terutamanya di kota-kota semakin berleluasa; contohnya kecurian, rompakan, pembunuhan, peras ugut dan sebagainya
bertambahnya rumah-rumah setinggan kerana penduduk tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang terlalu mahal
banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan
ekonomi negara terbantut

 
ystyleDate: Sunday, 2009-11-08, 11:26 AM | Message # 8
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
PERPADUAN KAUM
Kepentingan dan Faedah Perpaduan Kaum

rakyat dapat bersatu padu untuk memajukan negara
rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmonis
negara menjadi aman dan menjadi benteng keselamatan daripada ancaman musuh
keadaan yang aman damai menggalakkan pelabur-pelabur asing melabur di negara kita; dapat meningkatkan ekonomi negara
menaikkan nama baik negara sebagai sebuah negara yang berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya

Usaha-usaha Memupuk Perpaduan Kaum

menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial
mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keharmonian antara kaum
mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum
memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasam dan sebagainya
menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan
mengadakan suatu sistem pendidikan bagi menyatukan penduduk pelbagai kaum
menggalakkan penduduk menyambut hari perayaan, sambutan, hari kebesaran dan sebagainya

Perpaduan Kaum pada Hari ini

masyarakat mengelak daripada menimbulkan sesuatu yang sensitif kepada sesuatu kaum
masyarakat semakin menghormati adat resam, budaya dan agama kaum lain
masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni di sesuatu kawasan
konsep rumah terbuka sudah menjadi suatu budaya baru; masyarakat perlbagai kaum mengambil kesempatan ini untuk kunjung-mengunjung
masyarakat bersama-sama berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara

 
ystyleDate: Sunday, 2009-11-08, 11:27 AM | Message # 9
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
KESIHATAN
Kepentingan Kesihatan

konsep kesihatan merangkumi aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani
membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif
mengekalkan kecergasan tubuh badan
menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit
menjadikan otak lebih cerdas
menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia
melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa matlamat yang dirancang

Cara-cara Menjaga Kesihatan

mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat
melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi
mempunyai waktu rehat yang cukup
melakukan pemeriksaan kesihatan
menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling
tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara berlebih-lebihan seperti gula, makanan yang berlemak dan sebagainya
menjauhkan amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum minuman keras, dan sebagainya

Tahap Kesihatan Rakyat

cukup memuaskan, baik di bandar mahupun di luar bandar, baik dalam kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa dan orang-orang tua
dapat menyaingi tahap kesihatan rakyat di negara maju
jarang-jarang sekali berlakunya wabak penyakit yang serius
kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat begitu tinggi
kawalan terhadap sesuatu penyakit mudah dan pantas dilakukan
perkhidmatan kesihatan disediakan di seluruh pelosok negara
mutu perkhidmatan kesihatan semakin baik dengan meningkatnya kemahiran pegawai kesihatan dan penggunaan peralatan yang canggih
mutu perkhidmatan kesihatan dikagumi dan diberi pengiktirafan hingga peringkat antarabangsa

 
ystyleDate: Sunday, 2009-11-08, 11:27 AM | Message # 10
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
MAJIKAN/PEKERJA
Tanggungjawab Majikan kepada Pekerja

bersikap adil kepada pekerja tanpa mengira jantina, bangsa dan agama
menjaga kebajikan dan hal ehwal para pekerja
menyediakan tempat kerja yang selamat, bersih serta lengkap dengan kemudahan seperti surau, kantin dan sebagainya
membayar kadar upah, elaun dan bonus yang setimpal dengan kerja dan tanggungjawab yang diberikan kepada pekerja
menyediakan kemudahan rawatan percuma dan insurans kepada pekerja
meyediakan latihan kemahiran yang secukupnya kepada para pekerja agar kerjaya mereka dapat berkembang

Kualiti Kerja dan Produktiviti

rendah atau tingginya produktiviti ditentukan oleh kualiti kerja
kualiti kerja akan tercapai jika pekerja mempunyai kualiti yang tingg; misalnya mempunyai kelayakan dan kemahiran yang tinggi, berdedikasi, bermoral tinggi dan sebagainya
kualiti kerja dapat ditingkatkan jika pekerja diberi pendedahan tentang pengetahuan terbaru yang berkaitan dengan tugasnya melalui kursus, seminar, bengkel dan sebagainya
kualiti kerja dapat ditingkatkan juga melalui suasana tempat kerja yang selesa dan sempurna serta layanan yang memuakan daripada majikan

Etika Kerja

bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak, atau tingkah laku yang dijadikan pegangan semasa menjalankan tugas
antara etika kerja itu termasuklah berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, amanah, jujur dan sebagainya
penting agar sesuatu kerja dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mencapai kualiti yang dikehendaki
penting juga supaya suasana kerja yang sihat dan harmonis terbentuk antara pekerja dengan harmonis terbentuk antara pekerja dengan pekerja dan antara pekerja dengan majikan

 
ystyleDate: Monday, 2009-11-16, 10:46 AM | Message # 11
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
permainan tradisional

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.

 
Forum » Test section » Test forum » 马来文作文的isi-isi
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: