马来文作文的isi-isi
|
|
ystyle | Date: Sunday, 2009-11-08, 11:25 AM | Message # 1 |
 Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Status: Offline
| ISU PEMBALAKAN Kesan Pembalakan -Kebaikan memberikan pendapatan kepada penduduk dan negara menyediakan peluang pekerjaan membantu memperkembang industri berasaskan kayu-kayan -Keburukan musnahnya hutan yang merupakan khazanah yang amat bernilai pupusnya spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemukan musnahnya habitan hidupan liar hakisan tanah yang teruk dan struktur tanah terganggu lalu menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat, dsb. perubahan arah angin dan cuaca berlaku-bekalan oksigen berkurang kawasan tadahan negara terjejas kesuburan tanah semakin kurang Usaha-usaha Mengekalkan Kawasan Hutan pengeluaran balak dikurangkan dengan menghadkan kawasan pembalakan kawalan di kawasan hutan diperketat; dijalankan oleh Jabatan Hutan penanaman semula hutan atau penghutanan semula dijalankan penebangan pohon yang matang saja dibenarkan kesedaran tentang pentingnya hutan ditingkatkan melalui pelbagai kempen di pelbagai peringkat penyelidikan terhadap penanaman dan pengurusan hutan ditingkatkan; dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) hukuman yang berat terhadap mereka yang menjalankan pembalakan haram Isu Pembalakan Haram Cara dijalankan: secara sulit, yakni jauh di dalam hutan / kawasan pedalaman di kawasan hutan yang berdekatan dengan kawasan yang dibenarkan untuk pembalakan di kawasan hutan simpan yang berdekatan dengan kawasan yang hendak dibangunkan secara penipuan dan penyelewangan dengan melibatkan orang-orang yang berpangkat dan berpengaruh Kesan: merugikan negara dari segi pendapatan cukai membahayakan keselamatan awan jika terdapat berdekatan dengan kawasan kediaman-ancaman tanah runtuh menyebabkan banjir kilat-kerugian harta benda dan nyawa mengurangkan keluasan kawasan hutan secara drastik menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan hujan
|
|
| |
ystyle | Date: Sunday, 2009-11-08, 11:25 AM | Message # 2 |
 Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Status: Offline
| TEMPAT REKREASI Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi sebagai tempat untuk beristirahat / menenangkan fikiran- lari dari kesibukan, khususnya di kota sebagai tempat beriadah / bersenam- ke arah masyarakat yang cergas dan sihat sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga serta untuk memupuk kasih sayang ke arah keluarga bahagia untuk menghijaukan / mengindahkan kawasan sekitar- menimbulkan suasana nyaman Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini, sama ada di kawasan-kawasan perumahan, pekan, bandar, dan kota mendapat perhatian pemaju-pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan tempatan lalu menyediakan taman rekreasi mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat- dipenuhi oleh mereka yang bersenam atau yang bersiar dengan teman serta anggota keluarga Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi (a) Kemudahan yang Disediakan alat-alat permainan untuk kanak-kanak alat-alat untuk senaman ringan tempat duduk, tandas awam, dan lorong pejalan kaki bakul sampah, lampu, dna pondok telefon gerai makanan dan minuman (b) Keadaan Kemudahan di Taman Rekreasi masih tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor semula jadi dan perlu diganti ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak ada yang tidak diberi penyelenggaraan yang sepatutnya oleh pihak yang berkenaan
|
|
| |
ystyle | Date: Sunday, 2009-11-08, 11:25 AM | Message # 3 |
 Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Status: Offline
| Kempen Tujuan Diadakan Kempen untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kepada rakyat- contohnya : "Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia" untuk mempengaruhi rakyat supaya meyokong usaha kerajaan- contohnya kempen semasa pilihan raya untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat- contohnya: kempen berkongsi kereta untuk mengurangan kesesakan lalu lintas di ibu kota untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha murni kerajaan- contohnya: kempen anti dadah untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selesa seperti kempen menderma darah Sambutan Masyarakat terhadap Kempen Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia buktinya- buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar- harganya meningkat air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa dijadikan tanaman komersial ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar raya yang utama juga Keberkesanan Kempen ada kempen uang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Contoh kempen yang berjaya : "Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia"- contohnya penjualan kereta nasional Proton Saga kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun "Kempen Jantung Hatiku"- sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan daripada orang perseorangan badan korporat, dan sebagainya banyak sekali- sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan: kempen menggunakan bahasa baku- tidak banyak pihak termasuk RadioTelevisyen Malaysia yang melaksanakan kempen ini kempen keselamatan jalan raya- banyak kemalangan yang berlaku sebagai akibat kecuaian pemandu; pengguna van masih melanggar peraturan menggunakan van, pengguna kenderaan masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya kempen berkongsi kereta- masih banyak pemandu lebih menggunakan keretanya sendiri- kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan
|
|
| |
ystyle | Date: Sunday, 2009-11-08, 11:26 AM | Message # 4 |
 Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Status: Offline
| INDUSTRI PELANCONGAN Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Malaysia, misalnya tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah, pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya. memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara. memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi , perhubungan, pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan dan sebagainya. meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun, menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong. menawarkan pakeh pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancong luar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita. Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara -Kesan Positif dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk tempatan- mengurangkan pengangguran dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil kraftangan, seramik, dan sebagainya. dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat dapat menyemaikan perasaan akan negara dalam kalangan rakyat dapapt memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong dari negara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia serta meningkatkan imej negara di mata dunia -Kesan Negatif mencemarkan kebudayaan masyarakat tempatan- pelancong menyebarkan budaya kuning yang mudah mempengaruhi golongan remaja penduduk tempatan mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang -contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahal kerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yang lebih mahal menular penyakit AIDS- penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun 1990 beban perbelanjaan kerajaan meningkat- berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihan dan menampung kos hidup penagih dan pesakit membazirkan wang- untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuan promosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta dan berhibur- dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia Perkembangan Industri Pelancongan kemudahan infrastruktur ditambah- misalna lapangan terbang dan kedai bebas cukai- tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong -contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempat perkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagai tempat yang ebrsejarah kepada pelancong
|
|
| |
ystyle | Date: Sunday, 2009-11-08, 11:26 AM | Message # 5 |
 Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Status: Offline
| SUKAN Perkembangan Sukan di Malaysia perkembangan sukan pada umumnya dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri banyak kelab sukan yang ditubuhkan untuk memajukan sukan-sukan tertentu banyak syarikat yang berlumba-lumba menjadi penaja sukan biasiswa sukan dan skim perangsang diberikan kepada ahli sukan untuk meningkatkan pencapaian dalam sukan banyak institusi sukan yang dibina- jurulatih asing diambil beberapa kejohanan diadakan setiap tahun, seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia peningkatan taraf semi-prc - bola sepak Faedah-faedah Bersukan membina kesihatan tubuh dan mental menawarkan satu peluang niaga, iaitu pengeluaran alat-alat sukan peluang pekerjaan dapat diwujudkan / mengurangkan masalah pengangguran mengeratkan hubungan dengan negara lain mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan mengeratkan silaturahim dan persaudaraan Usaha-usaha Meningkatkan Mutu Sukan Negara program latihan sukan yang lebih teratur -misalnya projek BAM untuk badminton, projek bola sepak MILO, projek sekolah menengah menggunakan khidmat jurulatih antarabangsa -misalnya untuk badminton, olahraga, bola sepak dan sebagainya menganjurkan dan menjadi tuan rumah bagi pelbagai temasnya atau acara sukan -misalnya Bola Sepak Piala Merdeka, Badminton Terbuka, Sukan Komanwel 1988, dan lain-lain menyediakan subsidi dan sumbangan untuk kemajuan kelab-kelab sukan memajukan sukan di sekolah-sekolah menyediakan skim insentif kepada mereka yang berjaya di peringkat antarabangsa
|
|
| |
ystyle | Date: Sunday, 2009-11-08, 11:26 AM | Message # 6 |
 Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Status: Offline
| PENCEMARAN ALAM Punca-punca Pencemaran Alam keiatan perusahaan atau perkilangan asap-asap kilang meyebabkan pencemaran udara dan sisa-sisa pembuangan toksid menyebabkan pencemaran air kegiatan pembanguanan dan penerokaan hutan mengganggu sistem ekologi bumi mengakibatkan hakisan tanah menyebabkan bumi tiada kawasan tuduhan hujan; menyebabkan banjir kegiatan pengangkutan asap-asap kenderaan yang mengeluarkan karbon monoksida (gas beracun) tumpahan minyak daripada kapal tangki di laut kegiatan perladangan dan di rumah pembuangan sampah yang tidak bersistem dan penggunaan racun serangga yang berleluasa menyebabkan udara tercemar Usaha-usaha Mengatasi Pencemaran Alam meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat pada semua peringkat mengadakan undang-undang yang lebih ketan dan mengenakan hukuman yang berat kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar membina kilang jauh dari kawasan kediaman memelihara hutan dengan menghadkan kegiatan pembalakan dan penerokaan usaha secara besar-besaran untuk mengawal pembangunan dan pembalakan perlu dilakukan secara berterusan untuk menggantikan hutan yang musnah Kesan daripada Pencemaran Alam apabila udara, air, dan darat tercemar, kehidupan kita tidak akan selesa; kesihatan kita terganggu lapisan ozon akan menipis dan mengancam kesihatan menyebabkan penyakit kulit, kanser, hilang daya pendengaran, dan sebagainya bencana alam seperti banjir, tanah runtuh akan berlaku, dan mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda hutan sebagai kawasan tadahan hujan akan musnah dan terdedah kepada hakisan hidupan liar terancam dan akhirnya pupus air tidak selamat digunakan- bumi tidak selamat didiami
|
|
| |
ystyle | Date: Sunday, 2009-11-08, 11:26 AM | Message # 7 |
 Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Status: Offline
| ISU PENGANGGURAN Punca-punca Berlakunya Pengangguran penghijrahan belia dari desa ke bandar menyebabkan pengangguran berlaku terutamanya di bandar-bandar kelulusan akademik yang rendah penggunaan jentera moden hasil kemajuan sains dan teknologi seperti komputer penggunaan tanah yang tidak ekonomi terutamanya di desa belia tidak mempunyai kemahiran teknik dan vokasional sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan belia Usaha-usaha Mengatasi Pengangguran menggalakkan belia bekerja sendiri seperti bertani, berniaga dan beternak memperkenalkan mata oelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar menggalakkan pelajar ke sekolah-sekolah vokasional dan teknik menyemaikan sikap berdikari dalam kalangan pelajar dari peringkat rendah lagi meyedarkan para belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan melengkapkan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi yang canggih memberikan bantuan seperti pinjaman kewangan, kemahiran dan teknologi kepada belia yang ingin berusaha sendiri Kesan daripada Pengangguran belia mudah terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif yang meruntuhkan moral jenayah terutamanya di kota-kota semakin berleluasa; contohnya kecurian, rompakan, pembunuhan, peras ugut dan sebagainya bertambahnya rumah-rumah setinggan kerana penduduk tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang terlalu mahal banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan ekonomi negara terbantut
|
|
| |
ystyle | Date: Sunday, 2009-11-08, 11:26 AM | Message # 8 |
 Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Status: Offline
| PERPADUAN KAUM Kepentingan dan Faedah Perpaduan Kaum rakyat dapat bersatu padu untuk memajukan negara rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmonis negara menjadi aman dan menjadi benteng keselamatan daripada ancaman musuh keadaan yang aman damai menggalakkan pelabur-pelabur asing melabur di negara kita; dapat meningkatkan ekonomi negara menaikkan nama baik negara sebagai sebuah negara yang berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya Usaha-usaha Memupuk Perpaduan Kaum menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keharmonian antara kaum mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasam dan sebagainya menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan mengadakan suatu sistem pendidikan bagi menyatukan penduduk pelbagai kaum menggalakkan penduduk menyambut hari perayaan, sambutan, hari kebesaran dan sebagainya Perpaduan Kaum pada Hari ini masyarakat mengelak daripada menimbulkan sesuatu yang sensitif kepada sesuatu kaum masyarakat semakin menghormati adat resam, budaya dan agama kaum lain masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni di sesuatu kawasan konsep rumah terbuka sudah menjadi suatu budaya baru; masyarakat perlbagai kaum mengambil kesempatan ini untuk kunjung-mengunjung masyarakat bersama-sama berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara
|
|
| |
ystyle | Date: Sunday, 2009-11-08, 11:27 AM | Message # 9 |
 Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Status: Offline
| KESIHATAN Kepentingan Kesihatan konsep kesihatan merangkumi aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif mengekalkan kecergasan tubuh badan menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit menjadikan otak lebih cerdas menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa matlamat yang dirancang Cara-cara Menjaga Kesihatan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi mempunyai waktu rehat yang cukup melakukan pemeriksaan kesihatan menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara berlebih-lebihan seperti gula, makanan yang berlemak dan sebagainya menjauhkan amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum minuman keras, dan sebagainya Tahap Kesihatan Rakyat cukup memuaskan, baik di bandar mahupun di luar bandar, baik dalam kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa dan orang-orang tua dapat menyaingi tahap kesihatan rakyat di negara maju jarang-jarang sekali berlakunya wabak penyakit yang serius kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat begitu tinggi kawalan terhadap sesuatu penyakit mudah dan pantas dilakukan perkhidmatan kesihatan disediakan di seluruh pelosok negara mutu perkhidmatan kesihatan semakin baik dengan meningkatnya kemahiran pegawai kesihatan dan penggunaan peralatan yang canggih mutu perkhidmatan kesihatan dikagumi dan diberi pengiktirafan hingga peringkat antarabangsa
|
|
| |
ystyle | Date: Sunday, 2009-11-08, 11:27 AM | Message # 10 |
 Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Status: Offline
| MAJIKAN/PEKERJA Tanggungjawab Majikan kepada Pekerja bersikap adil kepada pekerja tanpa mengira jantina, bangsa dan agama menjaga kebajikan dan hal ehwal para pekerja menyediakan tempat kerja yang selamat, bersih serta lengkap dengan kemudahan seperti surau, kantin dan sebagainya membayar kadar upah, elaun dan bonus yang setimpal dengan kerja dan tanggungjawab yang diberikan kepada pekerja menyediakan kemudahan rawatan percuma dan insurans kepada pekerja meyediakan latihan kemahiran yang secukupnya kepada para pekerja agar kerjaya mereka dapat berkembang Kualiti Kerja dan Produktiviti rendah atau tingginya produktiviti ditentukan oleh kualiti kerja kualiti kerja akan tercapai jika pekerja mempunyai kualiti yang tingg; misalnya mempunyai kelayakan dan kemahiran yang tinggi, berdedikasi, bermoral tinggi dan sebagainya kualiti kerja dapat ditingkatkan jika pekerja diberi pendedahan tentang pengetahuan terbaru yang berkaitan dengan tugasnya melalui kursus, seminar, bengkel dan sebagainya kualiti kerja dapat ditingkatkan juga melalui suasana tempat kerja yang selesa dan sempurna serta layanan yang memuakan daripada majikan Etika Kerja bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak, atau tingkah laku yang dijadikan pegangan semasa menjalankan tugas antara etika kerja itu termasuklah berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, amanah, jujur dan sebagainya penting agar sesuatu kerja dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mencapai kualiti yang dikehendaki penting juga supaya suasana kerja yang sihat dan harmonis terbentuk antara pekerja dengan harmonis terbentuk antara pekerja dengan pekerja dan antara pekerja dengan majikan
|
|
| |
ystyle | Date: Monday, 2009-11-16, 10:46 AM | Message # 11 |
 Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Status: Offline
| permainan tradisional Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.
|
|
| |