close
[ Updated threads · New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » Test section » Test forum » SOALAN BM2
SOALAN BM2
ystyleDate: Monday, 2009-11-16, 10:55 AM | Message # 1
Admin
Group: Administrators
Messages: 31
Awards: 0
Reputation: 0
Status: Offline
http://soalanbm2.blogspot.com/

VIRUS ZEL UNTUK ABAH 7
SOALAN KOMSAS CONTOH :

Aku menggenggam erat kelima-lima jari kanan. Kuhentak meja, melepaskan geram. Ah, segala-galanya sungguh kejam! Mengapa semuanya itu harus menimpa aku yang tidak berdaya? Aku yang kerap mendengus apabila menerima hempapan konkrit rumit. Sejurus itu kata-kata seorang teman yang setia menyua harapan dan ketenteraman luhur yang tidak terhingga menyinggah.
“ Allah hanya akan menguji hamba-Nya mengikut kekuatan akal dan imannya .Tidak diberatkan dengan apa yang berada di luar daya hamba-Nya. Insya-Allah ada hikmah yang tersirat yang sebenarnya kita sendiri tidak menyedarinya. Percayalah. “
Sebentar itu aku kian melihat menilai dan mentafsir bicara sahabat terbaik yang kini sedang menuntut di Kaherah. Tetapi sebentar itu aku mendengus lagi Ah ,sesiapa sahaja boleh mengucapkannya!Aku yang menelan jadamnya.Aku !
Abah tak pernah cuba faham perasaan Zel !
Jangan cakap begitu, Zel. Zel silap…..
Oh abah , Zel memang selalu silap . Zel memang anak abah yang selalu tak pernah betul. Tapi abah sejak dulu tak pernah cuba untuk mengerti , memahami tentang diri Zel. Tentang keinginan Zel. Tentang harapan Zel. Tentang masa depan Zel.

1. Nyatakan satu teknik plot yang digunakan dalam petikan di atas dan dua teknik plot lain daripada keseluruhan cerpen. [3m]

Teknik plot dalam petikan :
1. Monolog Dalaman
Contoh : Mengapa semuanya itu harus menimpa aku yang tidak berdaya?

2. Imbas Kembali
Contoh : Abah tak pernah cuba faham perasaan Zel !Jangan cakap begitu, Zel. Zel silap…..

Teknik plot lain :
1. Dialog
2. Saspens
3. Imbas Muka

2. Jelaskan satu perwatakan Zel dalam petikan di atas dan satu perwatakan Zel dalam cerpen keseluruhan.

Perwatakan dalam petikan :
1. Emosional/ emosi tinggi/ cepat naik angin/ cepat marah/
2. Kurang kesabaran/
3. Suka berprasangka buruk

Perwatakan dalam cerpen :
Luaran : Usia hampir 2o tahun, lahir 27 Februari, bakal siswi undang-undang/ pengamal undang-undang ;

 
Forum » Test section » Test forum » SOALAN BM2
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: